D' A.W.E.S.O.M.E B.A.S.K.E.T

Nutrisi VeMMA - Super Jus yang mengandungi Beta-Karotena

 

Tahukah Anda bahawa Beta Karotena bukan sahaja baik untuk mata. Ianya, bahan anti-oksidan yang dikaitkan dengan kesihatan penglihatan (mata), kini dipercayai memberikan lebih manfaat kesihatan kepada organ-organ badan.


Kajian terkini melaporkan bahawa dengan pengambilan makanan yang kaya dengan beta karotena, dapat meningkatkan fungsi otak dan melindungi kulit dari matahari.

Beta Karotena (Beta-carotene) boleh ditemui dalam sayuran dan buah-buahan seperti lobak merah dan sayuran berwarna termasuklah buah oren. Nama Beta Karotena adalah berasal daripada nama Latin untuk lobak merah (carrot) yang memberikan hue warna kuning dan oren kepada sayuran dan buah-buahan.

Beta Karotena ditukarkan kepada Vitamin A (retinol) oleh badan manusia. Vitamain A diperlukan untuk penglihatan yang baik (good vision) dan menjaga kesihatan mata, membina sistem imunisasi, penjagaan kesihatan kulit (healthy skin) dan mucus membranes.

Seperti semua jenis karotenoids, beta karotena adalah kaya dengan anti-oksidan. Ia melindungi kita daripada kerosakan molekul yang dikenali sebagai radikal bebas (free radicals)

Dalam jangka masa yang panjang, kerosakan molekul boleh menyebabkan berlakunya penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser. Kajian klinikal mendapati bahawa kandungan beta karotena yang tinggi dapat menghalang sensiviti terhadap cahaya matahari khususnya bagi pesakit erythropoietic protoporphyria.


Beta Karotena Sebagai Makanan Otak (Brain Food)
Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati pengambilan beta karotena boleh menyelamatkan otak kerana ianya melambatkan penuaan kognitif anda (masalah lupa atau nyanyuk). Ini kerana beta karotena menentang kesan oksidatif yang boleh membahayakan sel otak untuk jangka masa panjang.

Beta Karotena Sebagai Pemelihara Kulit (Skin Saver)
Kajian dalam Photochemistry and Photobiology menyatakan, kandungan beta karotena secara signifikannya mampu melindungi kulit anda dari “sunburn” jika diambil dalam tempoh yang lama. Ianya bertindak melindungi kulit jika terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama.

Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda dengan cara yang mudah melalui Jus Nutrisi VeMMA. Jangan gadaikan nikmat KESIHATAN anda!!!!!!

Nama alternatif bagi beta karotena:
B-carotene; Betacarotenum; Provitamin A; Trans-beta-carotene

Supporting Research:

Physician’s Desk Reference. 62nd ed. Montvale, NJ: Medical Economics Company, Inc.; 2007.

The Alpha-tocopherol, Beta-carotene Cancer Prevention Study Group. The effect of vitamin E and Beta Carotene on incidence of lung cancer and other cancers in male smokers. N Engl J Med. 1994;330:1029-1035.

Bjelakovic G, Nikolova D,Gluud LL, Simonetti RG, Gluud C. Mortality in randomized trials of antioxidant supplements for primary and secondary prevention: systematic review and meta-analysis. JAMA 2007;297:842-57.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails